Saturday 13 August 2011

UNISEL TERUS DIPOLITIKKAN DAN INGKAR TITAH TUANKU



Kerajaan Pakatan Rakyat terus mempolitikkan Unsel apabila 3 individu yang tidak menyokong pakatan rakyat diturunkan pangkat. Tiga individu yang dilucutkan jawatan sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr Rosti Saruwono sebagai tanda bantahan terhadap tindakan itu, sudah ditukarkan ke jawatan lain.




Rokmaa Mat yang memegang jawatan Pendaftar UNISEL sebelum ini hanya dipinjamkan ke jawatan berkenaan dan akan bertugas seperti biasa di Yayasan Selangor.

Dua lagi individu iaitu Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah pula diturunkan pangkat berkuatkuasa serta merta.



Khalifah diturunkan pangkat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Halid menjadi pensyarah biasa di fakulti sama. Kedua-dua mereka ini sudah mendapat surat pertukaran


Difahamkan, perkara itu diluluskan oleh Lembaga Pengarah UNISEL yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti berkenaan.



Pada 3 Ogos lalu, Dr Rosti meletak jawatan sebagai membantah pelucutan jawatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Menurut satu kenyataan untuk edaran dalaman UNISEL, keputusan Dr Rosti itu dibuat kerana memorandum yang dihantar kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dianggap memfitnah Dr Rosti dan tiga individu terbabit.



Memorandum bertarikh 16 Mei itu turut ditandatangani Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam; Prof Dr Anuar Ahmad (TNC Akademik), Prof Ir Dr Mohamed Daud (TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah Hassan (Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan).


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online