Tindakan PAS sebagai parti politik di dalan Pakatan Haram untuk memangggil sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh dianggap biadap dan keterlaluan. Tindakan PAS yang seolah-olah membelakangkan keputusan yang dibuat oleh EXCO Agama Selangor, Bekas Pesuruhjaya Selangor juga amat memalukan.
Apakah PAS berhasrat mahu campurtangan dan mengambil alih pentadbiran dalam mengarahkah sesuka hati JAIS yang diuruskan di bawah Exco Agama Kerajaan Negeri Pakatan Haram. Bukankah segala urusan Agama Islam di dalam Negeri Selangor di bawah naungan dan bidang kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor. Apakah PAS mahu mendahului keputusan Baginda di dalam mempertahankan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?
Apakah selepas ini, akan ada parti politik lain di dalam Pakatan Haram seperti DAP yang akan memanggil JAIS dan memberikan arahan kepada mereka sesuka hati? Apakah Lim Kit Siang, Lim Guang Eng maupun Ronnie Lui dan Teressa Kok akan berdiam diri sekiranya PAS mengambil keputusan untuk menyokong JAIS di dalam konflik ini? Jika perkara campurtangan ini dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional, sudah pastinya riuh rendah isu ini dijaja oleh juak-juak Pakatan Haram, bahawa UMNO mempolitikkan dan menggunakan agensi Kerajaan.
Masalah Aqidah Umat Islam yang mahu dipesongkan oleh mubaligh-mubaligh dan pendakwah agama lain dan penghinaan Agama Islam di Malaysia semakin menjadi-jadi dan bukanlah menjadi rahsia lagi. Penulis menjangkakan PAS akan membuat keputusan yang tidak akan berpihak kepada JAIS kerana satu, mereka tidak akan ada keberanian untuk melakukannya dan dua, undi dari penganut-penganut Katolik lebih penting bagi orang-orang seperti Khalid Samad dan sebagainya. Apakah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu lebih banyak Makcik Sitt Al Wuzara atau Arlene Tan dilahirkan untuk menghina Agama Islam?

Nota: Buat pembaca-pembaca CTS, Gaysec Official Website, badan pengodam bebas yang selama ini menyalurkan maklumat mengenai Makcik Sitt Al Wuzara kepada penulis, semalam telah mendedahkan siapa petualang ini. Sila baca di Gaysac Official Website di bawah #ops Ramadhan.
0 comments:
Post a Comment