
LOTUS Ethos yang akan dikeluarkan 2013.
Pengeluaran kereta sport mewah Ethos berasaskan konsep hampir menyamai Proton EmasLOTUS Group Plc, anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd yang sebelum ini terkenal dengan pengeluaran kereta sport mewah, bercadang mengeluarkan model kereta kompak hibrid yang dikenali sebagai Ethos menjelang 2013.
Ia adalah antara beberapa langkah pengeluar kenderaan berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menjayakan pelan pemulihan supaya kembali menjadi sebuah syarikat yang untung.
Sumber berkata, kereta kompak yang akan dikeluarkan itu adalah berasaskan Kereta Konsep Pemanduan Bandar Lotus, yang hampir menyamai model konsep, Proton Emas, yang pernah dipamerkan kumpulan itu di Pameran Kereta Antarabangsa Geneva Ke-80 pada awal tahun lalu.
Posted in: daily news khmer sexy girl
Email This
BlogThis!
Share to Facebook
daily news khmer sexy girl
0 comments:
Post a Comment