Saturday 13 August 2011

CILI HIJAU HANGIT! POLITIK PAS YANG SANGAT MENJENGKELKAN!

Sungguh luar biasa prinsip dan perjuangan Pas sekarang. Imej Pas telah berubah sepenuhnya. Pas sudah tidak lagi seperti dahulu yang memperjuangkan Islam dan menjadi sebuah parti pembangkang yang sihat. Pas kini bagaikan sudah di”beli” dengan menjual sekali prinsip perjuangan yang suatu masa dahulu cukup saya segani.



Pas kini sudah bertukar baju. Dari memperjuangkan Islam secara konsisten dan memastikan sistem “check and balance” di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Pas kini berubah kepada dasar Islam yang lebih liberal. Pas kini terlalu terbuka hingga sanggup menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal di Malaysia. Semua ini berlaku selepas perginya Allahyarham Ustaz Fadhil Noor…



Masih ingat lagi kisah penggunaan kalimah “Allah” oleh The Herald Tribune yang pernah mencetus kontroversi di negara ini tidak lama dahulu? Ketika itu, puak-puak kuffar laknatullah alaihim memperjuangkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam suntingan Bible dan akhbar terbitan mereka. Mereka mencanang ke seluruh negara, kononnya, itu hak mereka…



Ketika itu, seluruh umat dan NGO Islam bangkit menentang penggunaan kalimah “Allah” oleh kuffar laknat itu. Tanyalah Zulkifli Noordin. Ketika itu, meskipun beliau masih bersama PKR, beliau sanggup membelakangkan ketua dan sahabat karibnya, Anwar Ibrahim, untuk mempertahankan kalimah “Allah” di negara ini. Beliau mengambil risiko untuk dimarah oleh Anwar dan sedia bertanggungjawab dengan tindakannya itu.



Ketika itu juga, Pas yang mula dikuasai oleh golongan liberal yang diketuai oleh Khalid Samad mula memperlihatkan “belang”nya. Mereka mengaku Islam, tapi menyokong pula penggunaan kalimah “Allah” oleh kuffar itu. Malah di dalam parlimen, Khalid Samad sanggup bertekak bergaduh dengan seniornya yang juga merupakan bekas imam besar masjid negara, Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Harun Taib, ketua Dewan Ulama Pas sekarang.


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online